30 Nov 2016

USDCAD 30/11/16

USDCAD 30/11/16 - Support baru telah terbentuk semalam iaitu 1.3415 dan kelihatan candle rejection disitu petanda price ini ada potensi untuk bullish dan kemungkinan naik semula ke resistance semalam iaitu 1.3476. Dua S&R ini akan menjadi clue arah market berikutnya jika berlaku sebarang breakout. Berikut trading plan hari ini;

TRADING PLAN:
Buy USDCAD di atas 1.3440, SL 1.3400, TP 30 pips atau TP 1.3470

ALTENATIF:
Jika price break support dan berlaku pullback/rejection di bawah 1.3415, Sell USDCAD dan exit 30 pips atau TP di 1.3385


ADMIN
www.fibo966.com

28 Nov 2016

GBPUSD 28/11/16

GBPUSD 28/11/16 - Pair ini dalam kondisi bullish dengan confirmation crossover 2 EMA. Price telah bergerak uptrend jumaat lepas dengan melimpasi paras 1.2468 yang kini bertindak sebagai support price untuk uptrend berikutnya.

TRADING PLAN:
Buy GBPUSD jika retest semula 1.2468 dan rejected. Exit scalp trade 30 pips dengan SL 20 pips di 1.2448.

ALTENATIF:
Sell GBPUSD jika break di bawah 1.2468 pada sesi US open malam ini(waktu Malaysia).

ADMIN
www.fibo966.com

EURUSD 28/11/16

EURUSD 28/11/16 - Signal buy telah confirmed apabila berlakunya crossover antara dua EMA. Price pula telah pun break key S&R 1.0626 dan 1.0614 yang kini menjadi key Support 1 dan 2.

TRADING PLAN:
Buy EURUSD jika retest dan rejected atas salah satu key support 1.0626 atau 1.0614. Exit trade sekitar 20 atau 30 pips. SL adalah di bawah 1.0610

ALTENATF:
Sell EURUSD jika price break di bawah EMA atau, support 1.0610.

ADMIN
www.fibo966.com



USDCAD 28/11/16


USDCAD 28/11/16 - Pair ini nampak ada potensi rejection dan seterusnya menjadi double bottom untuk buy signal jika candle terkini closed sbg rejection candle. Berikut trading plan hari ini.

TRADING PLAN:
Buy USDCAD jika rejected di atas 1.3465, Close trade pada profit 20 atau 30 pips.

ALTENATIF:
Sell jika price break atau pullback di bawah 1.3465. Close profit 20 @ 30 pips.

SL adalah 20 pips di atas 1.3465 jika sell dan 20 pips di bawah 1.3465 jika buy.

ADMIN
www.fibo966.com

25 Nov 2016

EURUSD 25/11/16


EURUSD 25/11/16 - Hari ini kelihatan price break key S&R 1.0568 sebagai petanda kemungkinan berlaku reversal trend hari ini. Secara tidak langsung key S&R ini akan bertindak sebagai pivot point price. Berikut trading plan hari ini.

TRADING PLAN:
Buy EURUSD pada harga semasa.

Alternatif:
Sell EURUSD jika break semula key S&R 1.0568

EXIT TRADE: 20,30 pips

Cutloss manual jika price bergerak berlawanan arah dari titik pivot 1.0568.

ADMIN
www.fibo966.com


7 Nov 2016

ADVANCED CANDLESTICK TRADING(A.C.T) PART 1 & PART 2

Teknik Trading A.C.T – Part 1 – Asas teknik dan bagaimana ia diasaskan?

Teknik ini lebih kepada price action trading. Ia lebih kepada pemerhatian kepada sesuatu pergerakan price iaitu opening price, closing, high dan low price. Dalam ‘bahasa’ lainnya ia dipanggil OHLC(open, high, low, & close). Ia lebih kepada asas utama kepada semua asas trading iaitu, candlestick.
OHLC adalah asas kepada pembentukan candlestick. Bull dan Bear wujud kerana majoriti adalah buyers atau sellers.

Candlestick adalah bahasa pertuturan trader

Kenapa candlestick? Kenapa bukan S&R? Supply/demand? atau DOM(depth of market)? atau kenapa bukan pivot point sahaja? OK, semua ini adalah cabang ilmu trading itu sendiri namun kita pergi kepada yang paling basic dan tertera pada chart itu sendiri. Untuk memahami cabang-cabang ilmu tadi satu hal, nak praktik lagi satu hal. Ia perlukan masa dan dedikasi. Anda boleh cuba sendiri dan pastikan dalam tempoh ini anda tidak melibatkan diri dengan live trading kerana ia mungkin membuatkan trading anda agak serabut sikit. Baiklah, tak nak bazirkan masa, kita pergi terus kepada bahasa pertuturan trader ini.
candlestick-basics-1024x682
iklan-baru

Candlestick terbentuk daripada majoriti buyers dan sellers dalam market untuk suatu tempoh masa tertentu. Ia dapat dilihat dari timeframe kecil 1minit hinggalah 1bulan. Untuk timeframe ini, setiap timeframe adalah wakil jangka masa pembentukan candlestick itu sendiri. Jika pada timeframe 1 minit, ini bermakna setiap 1 minit akan kita dapat lihat satu candle baru akan terbentuk. Jika timeframe H4, bermakna kesimpulan majoriti buyer/seller untuk 1 candle itu dalam tempoh 4 jam. Jika daily, bermakna 1 hari = satu candle iaitu 24 candlestick akan membentuk kesimpulan sepanjang hari itu. Jika Weekly candle bullish, ini bermakna sepanjang minggu itu keseluruhannya adalah buyers lebih ramai berbanding seller(majoriti buyers).
Take note:
  1. Candle bullish adalah hasil dari majoriti buyers.
  2. Candle bearish adalah hasil dari majoriti sellers.
  3. Doji candle = Neutral
Overall bullish pada candle TF daily untuk sepanjang hari adalah berdasarkan majoritinya buyers sepanjang hari itu. Overall bearish TF Daily adalah kerana majoriti trader sepanjang hari adalah sellers.

h1-d1

Gambar di atas menunjukkan uptrend market dalam masa 3 hari pair AUDJPY. Walaupun majoritinya trader pada 18hb adalah sellers. Keadaan ini ditafsirkan sebagai sementara atau correction trend yang akhirnya ia bertukar kepada uptrend semula atau continuation trend.

Perubahan arah ‘last minit’, hasilnya false break dan fakey bar

False break atau bull/bear trap sering menjadi masalah para trader yang trade berdasarkan breakout market.  Trader mencuba untuk mengikuti arah market berdasarkan Resistance become Support(RBS) atau Support become Resistance(SBR).
Namun kegagalan pergerakan price ini untuk meneruskan perjalanan breakout setelah membentuk SBR ataupun RBS ini akan menjadi loss trade kepada trader yang trade cara breakout ini.
Trader yang prihatin mengenai risiko ini segara  mengambil langkah selamat seperti menggunakan low risk volume/lot dan menggunakan stoploss dalam trading.
eurchf-h4
Pair EURCHF di atas adalah contoh betapa trading false break ini boleh menghancurkan akaun jika trader itu tidak menggunakan stoploss. EURCHF jatuh lebih 1000 pips selepas 2x gagal break resistance dengan 2x false break berlaku.
False break ini kemudiannya membawa kepada candle pattern yang dikenali sebagai fakey atau fakey bar. Cuba bandingkan TF H4 di atas dengan TF D1 di bawah. Sila baca semula tulisan di atas untuk fahamkan perbandingan timeframe ini.
eurchf-daily
Overall satu hari itu tidak ada kekuatan buyers untuk membuatkan price naik lebih tinggi di area resistance dan akhirnya kita tafsirkan bahawa kita perlu sell pada hari berikutnya sebab ia petanda seller masuk di kawasan resistance dan buyers pula menutup posisi buy masing-masing dan bilangan buyers akhirnya berkurang di situ. Akhirnya apa yang berlaku adalah, price jatuh.
Adakah anda terfikir sesuatu di sini? Okey biar saya kongsikan sesuatu di sini. Bukankah lebih berbaloi trade timeframe daily terus untuk sell hanya dengan melihat apa yang berlaku pada hari sebelumnya.Simple bukan?

Fakey bar adalah potensi anda menjana profit

Adakalanya trading ini memerlukan kita bertindak bijak untuk menjana profit. Ada trader cuba mengambil pengajaran berdasarkan sifat pemburuan sang haiwan seperti buaya ataupun singa. Cuba fikirkan logik di situ, pemburu-pemburu ini tidak gopoh dalam memburu. Sebaliknya mereka sabar menanti peluang, bila dah ada peluang jelas, mereka akan ambil peluang sebaiknya.
Jika perubahan last minit itu selalu buat ‘spoil’ maka sebenarnya ia juga boleh jadi peluang kita menjana wang. Apa yang perlu adalah, ketahui bilakah ia akan berlaku sahaja. Jika mengambil contoh EURCHF sebelum ini, kita boleh kenal-pasti bahawa ia berlaku apabila price sampai ke area resistance.
eurchf-daily
Lihat betapa mudahnya untuk trade. Jika semalam price tak break dan closed pula sebagai fakey, keesokan harinya hanya perlu fokus sell sahaja sepanjang hari. Close sell itu pada pagi keesokannya. Cara ini mungkin nampak mudah sangat tapi pastinya ada perkara lainnya yang boleh ‘menyukarkannya.’ Contohnya seperti disiplin, overkonfiden dan lebih teruk, tamak.

Adakah cara begini dah cukup untuk buat duit dari trading forex?

Jawapannya sudah tentu YA! Anda boleh luangkan sikit masa untuk buat backtest dan lihat sendiri logik cara ini. Saya yakin anda boleh buat duit sebenarnya. So jika nak gunakan terus pun boleh. Apa yang penting di sini adalah elakkan sahaja 3 perkara yang saya dah mention di atas tu. InshaAllah pasti boleh.
3 perkara paling bermasalah dikalangan trader adalah disiplin, overkonfiden dan lebih teruk, tamak.
Okeylah, rasanya dah cukup sampai sini untuk cerita mengenai asas teknik ini. Saya akan dedahkan teknik ini pada entry berikutnya pula.

Teknik Trading A.C.T – Part 2 – Upgrade trading dari Beginner kepada Advance

Sambungan dari part 1. 
Pada bahagian sebelum ini saya telah mengupas mengenai candlestick sebagai bahasa trader seluruh dunia dan juga mengenai perubahan arah last minit yang membentuk kepada fakeout atau false break.
Kali ini saya akan kongsikan pula mengenai fakeout trading ini dan bagaimana ia boleh menjadi kelebihan kepada anda jika anda tahu menggunakannya dan tahu pada bila untuk melihat peluang darinya.
Anda seorang newbie? sampai bila nak kekal newbie? inilah masanya untuk upgrade kepada advance!
crowed1crowed2

Ini adalah reality trading…

Sering-kali kita merasakan kita dah mengikuti trend tersebut tiba-tiba ia reversal pulak. So kita yang dah follow tu tiba-tiba jadi melawan arah pulak. So apakah solution terbaik?
Saya selalu memerhatikan pergerakan ini dan ia berlaku secara konsisten di timeframe yang lebih besar seperti Monthly, Weekly dan juga Daily. Apa yang perlu adalah fahami sahaja price action dan reaction.
Berikut saya sediakan gambar ringkasan.
cs1-bear-horz-vert


iklan-baru

ASAS TEKNIK:

1 CANDLE YANG SUDAH COMPLETE KEMUDIAN DIIKUTI 1 LAGI CANDLE BARU YANG MEMBUAT NEW HIGH ATAU NEW LOW KEMUDIAN REVERSAL. So kat sini kelihatanlah 1 candle dengan 1 shadow panjang dan candle body yang berubah bentuk dari bullish kepada bearish atau bearish kepada bullish. Maka inilah entry setup yang dimaksudkan.

SL dan Entry yang jelas.

SL atau Stoploss adalah ditentukan melalui shadow atau new high. Entry pula adalah berdasarkan pertukaran body candle. Kenapa SL di hujung new high/low? Jawapan mudah adalah, jika price gerak lagi naik or turun maksudnya bukanlah fakeout kan?
Perkara penting dalam trade bukan semestinya bila nak entry, tapi jika bila nak out. Setuju?
crowed

Exit point.

Exit point ditentukan berdasarkan dua cara, iaitu;
1). Exit apabila candle close dan keluar candle baru.
2) Exit mengikut spesifik target seperti 10 pips, 20 pips ataupun 30 pips.

EXIT POINT #1

close-trade

Exit cara ini lebih kepada mengikut jangka hayat candle itu. Bayangkan jika trade pada chart Monthly? maka close la bulan depan. Jika trade Weekly chart, close minggu depannya. Jika trade Daily, close la pada daily.  Jika trade H4, close selepas 4 jam.

EXIT POINT #2

crowed2-copy

Yang ni saya sangat recommended. Sebab ada spesific target iaitu dalam lingkungan 10,20 atau 30 pips. Dah sampai target maksudnya kerja dah settle. Jadi boleh proceed pada signal berikutnya. Forex ni tak perlukan kerja keras pun. :)

LIVE TRADE

Trader yang kejar-kejar trend akan sangkut buy @ high atau sell @ low kat shadow dan trader lain pula entry mengikuti arah sebenar selepas shadow itu terbentuk. Mari kita lihat berberapa screenshot live trade saya.

1). EURUSD:

eurusd-monthly
eurusd-weekly

2). USDCHF:

usdchf-monthlyx
usdchf-weekly

3). USDCAD:

weeklyucad

Kesemua trade ini adalah diilhamkan sepenuhnya dari fakeout ataupun false break dan tidak ada masalah untuk digunakan ke hampir semua jenis pair-pair forex. Secara konsistennya saya melihat potensi scalping trade 10-20 pips exit point dan maksimum profit berdasarkan jangka hayat candle itu sendiri.
Apa-apa pun ia bergantung kepada tahap trader itu sendiri kerana ia adalah kritikal untuk menentukan samada anda long term ataupun short term trader. Jika ingin short term maka anda akan close pada pips kecil dan jika long term maka anda akan simpan posisi trade anda untuk jangka panjang untuk profit yang lebih besar.

Akhir kata…

Setelah melihat logik teknik ini, apakah pendapat anda? Adakah anda sudah punyai trading plan anda sekarang? Teknik ini tidak menjaminkan 100% tepat. Namun dengan gabungan kesabaran, disiplin dan money management, saya yakin anda dapat menaik-taraf trading anda ke tahap yang lebih tinggi, atleast advanced trader dan bukan lagi newbie.
So sampai di sini dulu. Hingga jumpa di post yang akan datang.
Terima kasih!